SahabatKu

Tuesday, August 24, 2010

Minyak Sapi QBB Pure Ghee Campur Lemak Babi?

QBB Pure Ghee produk yang tidak asing lagi bagi peniaga-peniaga kuih ataupun biskut. Bahkan para suri rumah juga sering menggunakan produl ini sebagai resipi di dalam adunan biskut, lebih-lebih lagi bila tibanya musim perayaan. Terbaru ada cerita mengenai penarikan sijil HALAL kepada produk ini oleh JAKIM. Macam-macam kan? Selepas McDonald's, produk ni pula dikatakan TIDAK HALAL kerana kandungan produk ini ada bercampur dengan LEMAK BABI. Iya.. LEMAK BABI. Saya ada mendapat infomasi ini, seperti yang tertera seperti berikut:
Penggantungan Sijil Pengesahan Halal Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd.
Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan untuk menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.
Sekian, terima kasih
- Pegawai Perhubungan Awam JAKIM
Tarikh : 24 Ogos 2010
Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 604
QBB Pure Ghee
Sedapnyaaaa...tapi ada LEMAK BABI. hehe..:P
Selain dari maklumat tersebut, saya ada terbaca di laman blog JURNAL HALAL yang juga membangkitkan isu ini.
Nak baca dengan lebih lanjut ?
p/s: BENARKAH ?

No comments: