Salam Satu Malaysia.
Masa zaman sekolah dulu, kita sering diberi peringatan oleh cikgu kita bahawa kita haruslah saling hormat menghormati sesama rakan disekolah tak kira AGAMA, BANGSA dan WARNA KULIT. Peranan guru amatlah penting di sekolah bagi membentuk jiwa dan minda anak-anak kita. Guru jugalah yang patut memberikan contoh yang terbaik dan haruslah memberi yang TERBAIK kepada anak-anak murid. Tetapi kali ini, ada satu berita yang begitu mengejutkan saya dan mungkin juga anda. Satu laporan polis telah dibuat keatas seorang guru di salah sebuah sekolah menengah. Mengikut apa yang saya faham, cikgu berkenaan telah berucap diperhimpunan dan membangkitkan kan isu PERKAUMAN. Mari kita sama-sama baca laporan polis tersebut.
Credit to Oh!Tidak
Credit to Oh!Tidak
Jadi, apa jenis gurukah ini? Macam mana dia boleh diambil menjadi seorang pendidik? Layakkah di panggil "CIKGU"? Cacat otak cikgu kita seorang ni.
Macam ni lah jadinya kalau sudah terpengaruh dengan isu politik. Tambah-tambah lagi sekarang bila guru dibenarkan masuk dalam bidang politik. Kita tunggu dan lihat, banyak lagi perkara yang lebih dasyat akan berlaku. Errm....mari kita sama-sama renungkan.
p/s: Jom ke sekolah
No comments:
Post a Comment