SahabatKu

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha 2010

Assalammualaikum w.b.t
Sudah lama saya tidak membuat sebarang entri dalam blog ini. Memandangkan sekarang ini kampus kami sedang dilanda "demam" peperiksaaan, jadi tentunya kesibukan mengulang kaji pelajaran dan membuat persediaan untuk mengharungi peperiksaan melanda diriku, hehe. Baiklah, sebenarnya Hari Raya Aidiladha pada tahun ini saya akan menyambutnya di kampus saya. Pertama kali mendengar suara takbir diperantauan.

Sambutan Hari Raya Aidiladha ini seperti yang kita sedia maklum akan disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Selain dari itu, ianya juga dikenali sebagai Yaumun-nahar yang bermaksud Hari Raya Korban dan juga disebut sebagai Yaumul-haj yang bermaksud Hari Raya Haji. Hari Raya Aidiladga ini adalah hari yang mana hari yang dituntut untuk melakukan korban seperi lembu, kambing, kerbau dan unta bagi yang mampu.. Sambutan Aidiladha ini haruslah disambut dengan penuh amal ibadat seperti bertakbir & bertahmid sama ada di masjid ataupun di rumah pada 10 Zulhijjah. Selain itu, ibadat solat sunat Aidiladha juga akan dilakukan secara berjemaah.

Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban tidak dapat dipisahkan dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s. Sayangnya, peristiwa agung ini sekadar dilihat dari sudut sejarahnya semata-mata. Sebab itulah, acap kali tibanya Aidiladha, segelintir masyarakat Islam di negara ini meletakkan perayaan ini setaraf dengan hari-hari cuti biasa. Berbeza dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang disambut selama sebulan. Adakah ini menunjukkan penghayatan terhadap pengertian dan pengajaran di sebalik Aidiladha itu sudah semakin terhakis dalam masyarakat kita? Jika ya, bagaimanakah seharusnya peristiwa tersohor ini dihayati pengajarannya sesuai dengan senario kehidupan sekarang.

Ibadah korban juga dapat melatih dan mendidik individu Muslim itu untuk bersikap dermawan. Ini kerana Islam menyuruh agar daging sembelihan korban itu disedekahkan dan diagihkan kepada fakir miskin, di samping orang yang berkorban juga harus hukumnya memakan sebahagian kecil daripada daging tersebut.

Sebenarnya, perayaan Aidilfitri dan Aidiladha adalah sama sahaja berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud:

"Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (riwayat Abu Daud)

Jadi, sama-samalah kita menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran dan memperbanyakkan lagi amal ibadat dibulan yang penuh dengan kebaikan ini. Salam Aidiladha dari saya Kayrul Ong dan Keluarga.

p/s: Sedih juga tak dapat balik kampung. hoho.