Salam satu Malaysia.
Pos kali ni saya nak kongsikan mengenai dosa faceebok. Sekarang ini pelabagai laman sosial yang dibina seperti Friendster, Flixter, MySpace, Twitter, dan sebagainya. Kalau kita bercakap mengenai satu lagi laman sosial yang tengah hangat iaitu Facebook, mesti anda semua tahu. Facebook bukan sahaja digunakan untuk mencari kawan lama dan baru, tetapi juga tempat mempromosikan pelbagai produk selain daripada aplikasi permainan yang lain. Sekarang ini semua golongan mempunyai akaun facebook tidak kira umur, darjat, keturunan, latarbelakang dan jantina. Tetapi penggunaan facebook kadangkala disalah gunakan kepada jalan-jalan yang salah. Mungkin jika kita bercakap mengenai dosa "berfacebook" ini, ramai yang tidak peka. Baiklah, mari kita sama-sama baca apa yang membuatkan kita terjerumus dalam dosa kering apabila kita mempunyai akaun facebook. Informasi yang saya dapat ini saya salin dan tampal daripada laman blog Zaharudin Abd Rahman yang mana tulisan beliau juga ada disiarkan di surat khabar. Mari sama-sama kita kongsikan demi kebaikan anda dan saya sendiri.
Klik gambar untuk tatapan tanpa kelip.
Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain
Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Selain itu, Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Saya memang tidak mahu menyalin kesemua hasil tulisan beliau kerana itu bukan hak saya. Saya hanya mahu berkongsi sedikit informasi untuk tatapan bersama. Jika anda mahu membaca huraian selanjutnya, anda bolehlah ke blog Zaharudin Abd Rahman.
Oleh itu, marilah kita sama-sama renungkan dan jangan sampai kita tersesat dan terjerumus dalam dosa-dosa kering di laman facebook kita.
p/s: Berpada-pada bila mengayuh pelayaran didunia yang fana ini
2 comments:
nak minta kebenaran.. aefa nak re-post ni kat blog aefa boleh.. nanti aefa letak link awk..
Ok Aefa.
No problem..:D
Post a Comment