SahabatKu

Monday, August 30, 2010

Merdeka Negara Ku Ke-53

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53
Saya
Sayang
Malaysia

Tuesday, August 24, 2010

Minyak Sapi QBB Pure Ghee Campur Lemak Babi?

QBB Pure Ghee produk yang tidak asing lagi bagi peniaga-peniaga kuih ataupun biskut. Bahkan para suri rumah juga sering menggunakan produl ini sebagai resipi di dalam adunan biskut, lebih-lebih lagi bila tibanya musim perayaan. Terbaru ada cerita mengenai penarikan sijil HALAL kepada produk ini oleh JAKIM. Macam-macam kan? Selepas McDonald's, produk ni pula dikatakan TIDAK HALAL kerana kandungan produk ini ada bercampur dengan LEMAK BABI. Iya.. LEMAK BABI. Saya ada mendapat infomasi ini, seperti yang tertera seperti berikut:
Penggantungan Sijil Pengesahan Halal Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd.
Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan untuk menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.
Sekian, terima kasih
- Pegawai Perhubungan Awam JAKIM
Tarikh : 24 Ogos 2010
Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 604
QBB Pure Ghee
Sedapnyaaaa...tapi ada LEMAK BABI. hehe..:P
Selain dari maklumat tersebut, saya ada terbaca di laman blog JURNAL HALAL yang juga membangkitkan isu ini.
Nak baca dengan lebih lanjut ?
p/s: BENARKAH ?

Monday, August 23, 2010

Produk Makanan McDonald's HALAL

Berhubung dengan isu penarikan sijil pengiktirafan terhadap McDonald's yang sudah menjadi isu hangat ketika ini, pihak pengurusan McDonald's (M) telah membuat satu kenyataan bahawa semua produk-produk makanan di McDonald's adalah halal. Jom kita baca.
Klik gambar untuk penghayatan tahap dewa
Jadi sekarang ini jelas lah bahawa produk McDonnald's "HALALAN TOYYIBAH". Jangan percayakan spekulasi-spekulasi yang ada. Spekulasi adalah HARAM disisi ISLAM.
p/s: McDonald's, "bila terasa rindu..."

Saturday, August 21, 2010

Koleksi Bacaan Al-Quran Oleh Muhammad Taha Al Junayd

Kali ni saya nak kongsi dengan anda koleksi bacaan surah-surah Al-quran dari seorang kanak-kanak yang begitu merdu suaranya dan sedap didengar. Allah Maha Besar, memberikan suara semerdu itu.
Anda boleh DOWNLOAD koleksi-koleksi bacaan tersebut dalam format mp3. Mari sama-sama kita dengarkan bacaan adik kita ni.
Nak Download?
p/s: Allah Maha Pencipta

Tunggu Masa Sahur

Dalam keadaan keboringan dan ketidaktahuan nak buat apa semasa menunggu waktu imsak, sawan saya datang pula dengan tiba-tiba. Bukan sawan penyakit tu yeeeww..ni sawan buang tabiat namanya. hehe..
Tiba-tiba pula mood nak mengedit gambar tu datang. Orang lain edit gambar, aku pun gatai menghenyam nak ikut juga.hahaha...
Gambar-gambar ini diambil semasa saya mengikuti program anak angkat di Kg Punang Lawas, Sarawak pada mei yang lalu. Program ini adalah anjuran Kelab Rakan Muda. Pemandangan di kampung ini memang sangat cantik. Serta orang-orang kampung yang begitu mesra.:!!
Errm...ada satu gambar di bawah yang bukan dari program tersebut. Iaitu gambar budak lelaki sedang duduk tersebut saya ambil dari "avatar" salah seorang chatter di FRENZY FM. Saya "copy" gambar asal, dan edit kepada yang baru. hahaha..
Maaflah kalau editan saya ini menyakitkan mata anda. Saya ni editor paling teruk di dunia.hahhaa.
Jom kita layaaan.. :)
Rumah atas air.
Jeti Kg Punang Lawas
Entah siapa ni? hentam saja la..
Kanak-kanak bermain di tepi pantai.
Jeti yang sangat cantik.!
Terima kasih kerana sudi melihat hasil kerja keromo saya ni. Maaflah kalau ianya menyakitkan mata anda.
p/s: apa aku yang aku dah lakukan?

Friday, August 20, 2010

Mc Donald's Tidak Halal?

Salam Satu Malaysia.
Hari ni genap la 10 Ramadhan, 10 hari lah sudah kita menjalankan ibadah puasa. Semoga amalan kita selama 10 hari ini diterima oleh-Nya. Ini bermakna 20 hari lagi kita akan meninggalkan bulan mulia ni. Rasa sedih, kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan kebaikan dan rahmat yang dilimpahkan berlipat kali ganda oleh Allah.
Dibulan puasa ini juga mungkin kita akan lebih banyak mengidam makanan kegemaran. Lain orang lain pula seleranya.
Pos kali ni saya mahu berkongsi informasi kepada penggemar makanan "fast food" gergasi dunia iaitu Mc Donald's. Ramai penggemar Mc Donald's dikalangan kita ini. Tetapi adakah Mc Donald's ini HALAL? Pagi tadi saya ada "jalan-jalan" dan "bergolek-golek" di blog seorang SAHABAT. Saya tertarik dengan pos beliau yang mengenai keraguan HALAL pada Mc Donald's. Dengarnya JAKIM telah menarik pengiktirafan sijil HALAL kepada Badan Pensijilan Uruguay Islamic CENTRE. Wah.!
Portal rasmi HALAL Malaysia
Credit to Amim Blog
Errm....So kepada penggema Mc Donald's, macam mana?
errm....sama-sama kita renungkan...
p/s: saya suka makan McD, kecewanya... =.="

Wednesday, August 18, 2010

Cikgu Amalkan Perkauman Di Sekolah

Salam Satu Malaysia.
Masa zaman sekolah dulu, kita sering diberi peringatan oleh cikgu kita bahawa kita haruslah saling hormat menghormati sesama rakan disekolah tak kira AGAMA, BANGSA dan WARNA KULIT. Peranan guru amatlah penting di sekolah bagi membentuk jiwa dan minda anak-anak kita. Guru jugalah yang patut memberikan contoh yang terbaik dan haruslah memberi yang TERBAIK kepada anak-anak murid. Tetapi kali ini, ada satu berita yang begitu mengejutkan saya dan mungkin juga anda. Satu laporan polis telah dibuat keatas seorang guru di salah sebuah sekolah menengah. Mengikut apa yang saya faham, cikgu berkenaan telah berucap diperhimpunan dan membangkitkan kan isu PERKAUMAN. Mari kita sama-sama baca laporan polis tersebut.
Credit to Oh!Tidak
Klik gambar untuk gelombang dada anda
Credit to Oh!Tidak
Jadi, apa jenis gurukah ini? Macam mana dia boleh diambil menjadi seorang pendidik? Layakkah di panggil "CIKGU"? Cacat otak cikgu kita seorang ni.
Macam ni lah jadinya kalau sudah terpengaruh dengan isu politik. Tambah-tambah lagi sekarang bila guru dibenarkan masuk dalam bidang politik. Kita tunggu dan lihat, banyak lagi perkara yang lebih dasyat akan berlaku. Errm....mari kita sama-sama renungkan.
p/s: Jom ke sekolah

Lari Dari Penguatkuasa JPJ

Salam Satu Malaysia.
Mari kita sama-sama saksikan satu rakaman video yang telah diambil oleh seorang penguatkuasa JPJ yang telah mengejar seorang pemuda sedang menunggang motorsikal. Pemuda tersebut cuba lari, tetapi dapat diberkas oleh pihak penguatkuasa JPJ. Apa yang saya faham, pemuda tersebut tidak mempunyai lesen memandu dan motor tersebut kepunyaan ayahnya. Satu perkara yang lucunya ialah bila pemuda tersebut menangis meronta-ronta meminta maaf dan minta dilepaskan oleh pegawai penguatkuasa JPJ tersebut. Itulah, lain kali kalau tidak mempunyai lesen memandu, janganlah menunggang motorsikal. Itu satu kesalahan. Mari kita sama-sama saksikan rakaman ini.
Tetapi disebalik rakaman ini, saya terfikir, perlukah sebagai seorang pegawai penguatkuasa JPJ untuk merakamkan kejadian ini? Apa motif beliau?
errm... sama-sama kita renung-renungkan.
p/s: Yang salah tetap salah. Janganlah cari masalah.

Tuesday, August 17, 2010

Salleh Gregor Samsa Hina Orang Puasa

Salam Satu Malaysia dan Salam Ramadhan.
Isu laman sosial menjadi sebagai medium pelepas perasaan semakin parah nampaknya. Belum habis cerita Penghinaan Negeri Johor, sekarang ada pula cerita yang seorang budak hingusan MENGHINA orang-orang yang berpuasa di bulan yang mulia ni. Apa nak jadi? Dulu ada kes penghinaan kematian Din Beramboi, sekarang ni lagi dasyat. Dengan ini kita boleh lihat bagaimana ibubapa budak ni mendidik anak-anaknya. Saya malas mahu mengulas lebih lanjut. Biar anda sendiri yang memikirkannya.
Klik gambar untuk renungan terkesima
Klik gambar untuk tatapan lebih mesra
Kalau anda mahu meliat semua komen yang telah dibalas oleh mereka-mereka yang bersekutu dengan budak ni, anda boleh LIHAT DISINI dengan mata yang lebih terbeliak dan menggelegak. (kredit to http://www.arealcelebrity.com untuk gambar tersebut)
p/s: Rasanya facebook ni bukan kepunyaan seorang kanak-kanak. Mungkin dimiliki oleh orang dewasa. Saya pun tak pasti. Zaman sekarang banyak kes penyamaran di Facebook, tak hairanlah.

Saturday, August 14, 2010

Maut di Bazar Ramadan ( 3 Ramadan 2010 1431 H)

Keadaan Bazar Ramadan selepas ribut kencang
Antara yang terkorban
JASIN: “Saya dapat berita ada ribut dan kerana tidak sedap hati saya terus ke tempat ayah berniaga, namun ketika dalam perjalanan (ke pasar Ramadan) saya diberitahu ayah meninggal.”
Begitu kata Latip Abdul, 49, anak kepada seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dari Batu 15, Kampung Air Merbau, Bemban, yang maut akibat dihempap besi kaki khemah tempat dia berniaga di Pasar Ramadan Stadium Jasin, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, dua peniaga dan seorang pengunjung pasar Ramadan berkenaan terbunuh, dua daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi beberapa jam selepas dimasukkan di hospital.
Abdul mati di tempat kejadian selepas ribut meranap dan menerbangkan keseluruhan 21 khemah besar peniaga di kawasan letak kereta di stadium berkenaan.
Pembantu gerai murtabak, Mahadi Muhammad, 39, dari Taman Maju, turut mati di tempat kejadian dipercayai terkena tapak besi kaki khemah yang diterbangkan ribut yang melanda hampir empat minit.
Pengunjung yang terbunuh dikenali sebagai Muhammad Wahab, 45, dari Kampung Rim, di sini, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka, kira-kira jam 7.15 malam. Kejadian itu mengakibatkan 17 lagi termasuk pengunjung cedera.
Dalam pada itu, seorang lagi peniaga, Zarina Hassan, 33, yang juga majikan kepada Mahadi, berkata ketika kejadian dia dan Allahyarham membungkus murtabak apabila keadaan cuaca bertukar mendung, sebelum angin bertiup kencang lalu menerbangkan khemah di hadapan mereka berniaga.
Katanya, dia yang panik terus lari menyelamatkan diri dan mendengar Mahadi memanggil namanya, tetapi ketika itu berada di hadapan.
Peniaga, Mohd Abd Latip, 56, berkata sebelum kejadian angin bertiup dengan kencang sebanyak dua kali, namun tiupan terakhir terus menerbangkan semua khemah yang ada di pasar Ramadan itu sehinggakan empat daripadanya didakwa melayang setinggi tujuh meter menyamai ketinggian lampu limpah di stadium berhampiran.
*Sumber: Harian Metro
Video 1
Video 2
p/s: Allah Maha Besar

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
Surah Al-Baqarah 183
Sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah
keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak
1431 H
Kayrul Ong

Saturday, August 7, 2010

Dosa Facebook

Salam satu Malaysia.
Pos kali ni saya nak kongsikan mengenai dosa faceebok. Sekarang ini pelabagai laman sosial yang dibina seperti Friendster, Flixter, MySpace, Twitter, dan sebagainya. Kalau kita bercakap mengenai satu lagi laman sosial yang tengah hangat iaitu Facebook, mesti anda semua tahu. Facebook bukan sahaja digunakan untuk mencari kawan lama dan baru, tetapi juga tempat mempromosikan pelbagai produk selain daripada aplikasi permainan yang lain. Sekarang ini semua golongan mempunyai akaun facebook tidak kira umur, darjat, keturunan, latarbelakang dan jantina. Tetapi penggunaan facebook kadangkala disalah gunakan kepada jalan-jalan yang salah. Mungkin jika kita bercakap mengenai dosa "berfacebook" ini, ramai yang tidak peka. Baiklah, mari kita sama-sama baca apa yang membuatkan kita terjerumus dalam dosa kering apabila kita mempunyai akaun facebook. Informasi yang saya dapat ini saya salin dan tampal daripada laman blog Zaharudin Abd Rahman yang mana tulisan beliau juga ada disiarkan di surat khabar. Mari sama-sama kita kongsikan demi kebaikan anda dan saya sendiri.
Klik gambar untuk tatapan tanpa kelip.
Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain
Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Selain itu, Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Saya memang tidak mahu menyalin kesemua hasil tulisan beliau kerana itu bukan hak saya. Saya hanya mahu berkongsi sedikit informasi untuk tatapan bersama. Jika anda mahu membaca huraian selanjutnya, anda bolehlah ke blog Zaharudin Abd Rahman.
Oleh itu, marilah kita sama-sama renungkan dan jangan sampai kita tersesat dan terjerumus dalam dosa-dosa kering di laman facebook kita.
p/s: Berpada-pada bila mengayuh pelayaran didunia yang fana ini

Friday, August 6, 2010

Nor Azita Osman Minta Maaf (si penghina Johor)

Salam Semua...
Berkaitan dengan isu post saya yang lalu, mengenai seorang wanita bernama Nor Azita Osman yang telah menimbulkan rasa marah dan perasaan tidak puas hati terhadap rakyat negeri Johor atas status beliau yang mempunyai elemen hinaan di laman Facebook. Dengar kata beliau telah pun meminta maaf diatas perbuatan beliau itu. Jom sama-sama kita baca kenyataan maaf beliau.
Nak jelas? klik gambar
Klik gambar untuk keterlanjuran mata anda.
Jadi, diharap isu ini tidak diperbesarkan dan kalau ada tindakan yang diambil, biarlah pihak berwajib menjalankan tugas mereka. Dan kepada orang-orang Johor, saya tak ada hak untuk memaksa anda memberi maaf kepada beliau. Kalau anda nak beri maaf, berilah dengan ikhlas. Kalau tak nak, tak pa lah. Saya tak "backing" mana-mana pihak. Just nak berkongsi berita.
p/s: Bulan Ramadan dah nak tiba.

Thursday, August 5, 2010

Johor Di Hina

Salam Satu Malaysia..

Post kali ini saya nak kongsi mengenai seorang wanita yang seakan-akan menghina banda negeri Johor di laman Facebook beliau. Saya tak pasti apa motif dan maksud beliau sampai boleh berakata sedemikian. Gambar "print-screen" ni boleh anda lihat untuk anda melihat beliau dan rakan-rakan beliau memberi respon terhadap status beliau di laman Facebook
Klik pada gambar untuk keterujaan mata anda membaca

Hmm..

saya bukan nak membesar-besarkan hal ni, tapi bagi pendapat saya,,,tak patut wanita ini berkata sedemikian. Ianya boleh mengguris perasaan dan sekaligus akan menyentuh sensitiviti perasaan orang-orang Johor. Janganlah cakap macam tu ya Kak. Saya minta maaf la kalau saya tersebarkan perkara ni (rasanya ramai dah tahu pasal benda ni). Post saya kali ni hanyalah untuk renungan kita bersama.

p/s: Laman sosial Facebook sudah menjadi medium pelepas perasaan.

Pelajar Sarawak Kurang Ajar

Salam Satu Malaysia....
post kali ni saya nak kongsikan mengenai ketidaksopanan seorang pelajar sekolah menengah yang berasal dari Sarawak. Waaaah....bukan main lagi yee...sikap kurang ajar yang ditunjukan oleh pelajar terhadap seorang guru ini memang parah..!!!
Siap menumbuk lagi lagi...waduh2...apa nak jadi la weei...
jom kita saksikan video dibawah betapa kurang ajarnya pelajar tersebut...
Saya bukan nak cakap apa la kan,, tapi melihat gaya pelajar ini, kita boleh lihat bagaimana dia dididik oleh Ibubapanya...begini kah sikap anak-anak sekarang? Tak tau lah apa akan jadi kepada budak ni 5 tahun dari sekarang, harap-harap dia berubah. Mari sama-sama kita doakan supaya dia berubah dan meminta maaf kepada guru tersebut.
komen anda bagaimana?
p/s: Tak malu ker keluarganya selepas video rakaman ni tersebar luas?

Wednesday, August 4, 2010

Makan dan Jangan Makan McDonald's

Assalammualaikum,
Hai semua...salam Satu Malaysia...hehe..Satu ker? teettt... :D
baiklah....

Post kali ni saya nak berkongsi mengenai perkara yang semua orang suka, iaitu MAKAN..!!siapa tak suka makan,,, makan adalah salah satu keperluan yang amat penting kepada semua makhluk dimuka bumi ini. Tidak kiralah manusia,binatang ataupun tumbuh-tumbuhan.Orang kata, lain orang lain selera. Ada yang suka makan masakan pedas, masakan sup, masakan bergoreng, makanan segera dan bermacam-macam lagi lah.

Kalau kita sebut pasal makanan "fast-food", mesti kita sudah terbanyang-banyangkan KFC,Burger King, dan sebagainya. Jika kita sebut McDonald's pula? haaah...satu dunia tahu tentang McDonald's kan. Tidak perlu lah saya nak jelaskan mengenainya (buang masa saya menulis.. hohoho). Mungkin anda, dan termasuk saya sendiri sangat menggemari McDonald's.

Tapi pernahkah anda fikir mengenai khasiat dan kandungan nutrisi di setiapa hidangan McDonald's? haha.. Ramai yang kata makanan "fast-food" seperti McDonald's tidak berkhasiat dan MENGGEMUKAN. Memang betul, tapi ada sesetengah hidangan yang di sajikan mempunyai kandungan kalori dan lemak yang rendah. So, mari kita lihat apakah jenis-jenis hidangan di McDonald's yang boleh kita katakan "healthiest" dan "Unhealthiest”.

Healthiest
Southwest Salad with Grilled Chicken
320 calories - 9g fat (3g sat) - 960mg sodium
Chicken McNuggets (6pcs)
280 calories - 17g (3g sat) - 600mg sodium
Hamburger
250 calories - 9g fat (3.5g sat) - 520mg sodium
Fiilet-O-fish
380 calories - 18g fat (3.5g sat) - 640mg sodium
Unhealthiest
Double Quarter Pounder with cheese
740 Calories - 42g of fat (19g sat) - 1380mg sodium
Chicken Selects (5pcs)
660 calories - 24g fat (3.5 sat) - 1680mg sodium
Grilled Chicken Club
570 Calories - 21g fat (7g sat) - 1720mg sodium
Big Mac
Big Mac - 540 Calories - 29g of fat (10g sat) - 1040mg sodium
Sebelum makan, kena lihat kandungan nutrisi dahulu, jangan makan main sumbat sahaja.,,hehe..
informasi ini saya kongsikan untuk kebaikan anda dan saya juga. Tak salah kalau kita nak makan hidangan yang tergolong dalam "Unhealthiest" tu, tapi berpada-pada. Apa yang penting? (kerjasama,,,ehehe) Badan sihat, jiwa selamat.! yeaaah..!!
p/s : Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan