SahabatKu

Friday, April 16, 2010

Keunikan Angka 7 di sisi Alllah SWT

Angka 7 itu sangat agung di sisi Allah s.w.t. Jika kita halusi setiap kejadian di muka bumi ini banyak berkaitan dengan angka 7. Antaranya seperti bilangan hari dalam seminggu. Kenapa Allah jadikan dalam seminggu bukannya 8 hari, kenapa 7 hari? Allah s.w.t menjadikan seminggu itu terdiri daripada tujuh hari. Di dalam setiap hari tersebut terjadi peristiwa-peristiwa tertentu yang mempunyai rahsia keutamaan bagi hari tersebut
Menurut Imam Abu Nashr Muhammad bin Abdurrahman Al-Hamdany:
"Ketahuilah bahawa Allah sangat besar kekuasaanNYA dan sangat tinggi kalimatNya serta berterusan nikmat-nikmatNya. Allah telah menghias 7 perkara dengan 7 perkara. Dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap 7 perkara itu mempunyai rahsia perkara yang lainnya. Semua kejadian ini untuk mengkhabarkan kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya 7 itu mempunyai RAHSIA YANG SANGAT BESAR dan KEDUDUKAN YANG SANGAT AGUNG di sisi Allah s.w.t.
Allah menghiasi angkasa ini dengantujuh lapis langit.Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan Kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh." (An-Naba':12)
Begitu juga di dalam Al-Quran ada dinyatakan langit ini mempunyai 7 lapis, seperti mana digambarkan oleh Rasulullah s.a.w di mana baginda telah dimikrajkan hingga ke langgit 7, dan setiap langgit itu terdapat kejadian-kejadian yang pelik-pelik menimpa kepada umat baginda.
Kemudian Allah s.w.t juga menghiaskan langit ini dengan 7 bintang (plenet termasuk bumi yang kita diami ini), seperti firmanNya:
"Dan sesungguhnya kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya." (Al-Hajr:16)
Juga dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa bumi kita ini juga mempunyai 7 lapisan. Seperti mana Firman Allah s.w.t surah Ath-Thalaq: Ayat 12, yang bermaksud:
"Allahlah yang menciptakan tujuh langit sebegitu juga bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Berkuiasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu."
Selepas kejadian bumi, maka Allah menghiasinya pula dengan 7 lautan, sebagaimana firmaNya dalam surah Luqman: Ayat 27, yang bermaksud:
" Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta ditambah kepada 7 laut lagi sesudah keringnya nescaya tidak akan habis -habisnya ditulis kalimat Allah."
Suatu masa nanti, setelah manusia meninggal dunia "MATI", maka di akhirat nanti, bagi mereka yang ingkar dengan suruhan Allah dan melanggar laranganNya....Allah s.w.t menyediakan 7 tingkat "NERAKA" untuk mereka. Neraka tersebut ialah Jahanam, Sa'ir, Saqor, Jahim, Huthamah, Lazo dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan 7 buah pintu neraka, Firmannya:
" Neraka itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu telah ditetapkan untuk golongan yang tertentu dari mereka." (Hijr:44)
Juga jika kita perhatikan dalam kejadian manusia, terdapat 7 bahagian anggota tubuh badan manusia. Manakala jika perhatikan surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran, terdapat 7 surah yang panjang-panjang, kemudianmenghiasinya dengan 7 ayat pada pembukaan kitab atau "Fatihatul kitab." (Fatihah) Sebagaimana firmanNya:
"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepada kamu 7 ayat yang dibaca berulang-ulang (dalam solat) dan Al-Quran yang agung." (Al-Hijr:87)
sumber: sentuhanbayu-zieida92.blogspot.com

3 comments:

Putera Aliif Al'Ain Jasni said...

salam...
wacana yg baik & berilmiah... syabas.. artikal beginilah yg kita nak & bkn nya artikal buang masa.. dlm usaha m'yebarkan dakwah Islam...

kayrul Ong said...

terima kasih putra..
sama-sama kita kibarkan syiar islam..

CikNyz said...

mohon copy paste...tq..
salam perkenalan..selamt berblogging..