SahabatKu

Saturday, April 17, 2010

Achik Spin Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ngeri

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

Al-Fatihah...

Nampaknya Seorang lagi bintang dalam dunia seni hiburan sudah pergi....

Bila giliran kita..??

Renung-renungkan...

2 comments:

drsshk said...

al fatihah kat arwah. dulu aku minat arwah kot. hehe

kayrul Ong said...

Al-fatihah..
aku pun mnat gak ngan arwah..
sampai sekarang...
huhuhu...