SahabatKu

Sunday, March 29, 2009

Muvee Event

orang kuat..he3..
Aha... fuh..sudah lama aku tak menjenguk ke blog ku yang tercinta ni..kih3... Ini semua disebabkan aku terlalu busy kerana banyak perkara yang lebih penting perlu aku setelkan.. dalam minggu ni sahaja aku kena buat 3 presentation.. dan dengan assignment yang berlambak..kui3.. so aku kena siapkan lagi 2 assignment yang perlu di submit pada 6 april ni..adoyai..
so dalam masa yang sama, kami perlu buat satu assignment untuk kursus Business Communication.. iaitu mengadakan satu acara yang berkaitan dengan business,, hu3.. dalam kelas kami, telah dibahagikan kepada 2 kumpulan yang perlu mengadakan 2 acara yang berlainan.. so kumpulan kami decide mahu menganjurkan acara tayangan filem.. seramai 45 pelajar setiap kumpulan.. kami menyediakan 8 buah filem untuk tontonan pelangan..he3..
Aktiviti ini mengajarkan kami bagaimana berkumunikasi dengan pelangan dengan baik dan secara professional, membuat marketing plan yang berkesan dan belajar bagaimana cara mengendalikan majlis yang besar..
kalau bercakap mengenai letih,,tak perlu cakap la..Letih tahap dewa naga..!! alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan berjaya menarik seramai hampir 400 orang pelajar..!!!
aku hanya sempat mengambil satu gambar sahaja pada malam acara semalam..hahahha...
tiket...tiket..he3..
Ni gambar semasa kami membuat persediaan terakhir pada pagi hari sabtu semalam.., hanya sempat mengambil 2 gambar sahaja coz banyak kerja yang lebih penting daripada mengambil gambar terus..hahahaha..
testing white screen..kih3
adoyai..!!!
so kami harap Professor Azah akan beri markah A++ kepada kami..he3...amin
p/s: thanx to all my friends for supported us to do our assignment

Friday, March 20, 2009

Under Construction

Pengumuman..!!!
Disebabkan aku terlalu busy dalam 2 minggu ni..,so blog ni lama tak akan di update..
So mungkin hingga hujung bulan March...
banyak sebab kenapa blog "under construction"..
Yang paling utama ialah aku terlalu busy sangat,,,
Sekarang ni pun aku mencuri sedikit masa untuk membuka blogku..,sebab selepas ni aku kena sambung balik assignment yang perlu di bereskan dalam minggu ni sehingga minggu depan..
Sebab kedua ialah lap top aku ada masalah sedikit..,
so kena format balik..
ertinya selepas aku format lap top ni..,mungkin banyak perkara aku kena buat..,
kena install ym balik..,susun fail..dan macam-macam lagi..
Bukan setakat itu saja.,minggu ni dan minggu depan aku kena buat 3 presentation..,
so kena buat preparation yang cukup..,
Dan aku kena bersedia untuk mid-test pada awal bulan April nanti..
Oleh sebab tu..,blog ni sunyi sedikit dalam bulan march ni..
apa nak buat..
Ok la..
aku kena sambung balik tugasan ni..
hmm..Bubye..!!

Sunday, March 15, 2009

Think Again

Taekwando Battle UMS-KAL 2009

Hari ni dan semalam kampus kami mengadakan pertandingan teakwando..
Waaachhaaa....!!!!
kih3...
Lama aku nda update blog coz busy sikit..,
so petang ni aku post la gambar-gambar taekwando dan persembahan silat cekak hanafi..
gold for Bantam category 
ok la mungkin ramai yang tak tahu tentang teakwando ni..
lebih-lebih legi tentang warna tali pinggang yang dipakai..
emm..ok..coz ramai juga yang tanya...
di sini aku mau bagi sedikit la informasi tentang pangkat dan gred untuk warna tali pinggang ni..
ni berdasarkan pengalaman aku dalam taekwando jer..
kalau silap..,tolong betulkan yer..kih3..
belt putih untuk pelatih baru- gred 10
belt kuning - gred 8
belt hijau - gred 6 (kalau tak silap la)
belt biru - gred 4 
belt merah - gred 2
belt merah jalur hitam - gred 1
belt hitam - 1st degree ataupun org selalu cakap 1st done..
sebenarnya banyak lagi warna tali pinggang ni,,ada putih jalur kuning, hijau jalur biru dan sebagainya..malas nak tulis...hahaha..
Ni persembahan silat cekak ustaz hanafi..
"buah pertama..!!"
"kuntau jatuh..!!"
kih3...jangan marah yer ahli-ahli silat semua...
pinjam kejap nama buah ek...mintak ampun..!!
aku, om nabil dan tante efa..kih3..
kamilah geng bas pamcit...!!

Wednesday, March 11, 2009

Alam Blog

Zaman sekarang semua serba canggih
Dulu kalau mau buat coretan hidup, diari pribadi atau buat iklan semua kena 
buat dengan manual
Tapi sekarang, dengan adanya blog, 
semua benda boleh jadi senang
Blog ni sebenar adalah benda baru bagi aku
Aku mula mengenali blog pun baru je beberapa bulan
Itupun melalui blog seorang pelakon remaja Indonesia yang aku lawati
Setelah aku lawati semua entry beliau..,
terus aku pula rasa"why not if i have my own blog..?"
So, dengan pengetahuan yang ZERO..totally "0",,
aku creat je la...
Lepas creat tu banyak benda yang aku belum tahu fungsi2 dan mau arrange macam mana
sehinggakan mau buat layout pun nda tau..(i felt very stupid on that time..!!)
So, hari-hari aku serve internet cari maklumat tentang blog..
Sampai sekarang pun aku masih terkia-kial how to manage blog very well..
Aku selalu tengok blog2 orang lain untuk tambah pengatahuan tentang blog..
So berbalik pasal topik utama iaitu mengenai alam blog ( ceh skema la pula post aku kali ni)
Semua dah mula buat blog sendiri
Nda mengira umur
Dari yang aku lihat, kanak-kanak dari umur 10 tahun hingga umur dah tua bangka (he3..)
sudah ada blog sendiri..
Wah..hebat.. 
Nda mau cakap pasal Frienster, Flixter, Imesh, Tagged dan lain-lain la..
itu tentunya menjadi kegilaan remaja sekarang..
So dari sana kita boleh nilai sendiri begitu hebatnya penangan blog ni kepada masyarakat kita sekarang, (walaupun dah lama sebenarnya ada)
Harap-harap dengan adanya kemudahan blog untuk berhubung dengan komuniti-komuniti yang lain, nda la disalah gunakan.
Kalau cerita pasal penangan blog ni pula.,wah..
Banyak "hasil"nya kita boleh lihat..
Ada yang sampai kena tahanan ISA...teeettttt!! hahah..
Ada yang boleh jadi kaya
Ada yang boleh jadi famous
Kalau artis, tak payah cakap la..
Bertambah-tambah la famous..walaupun yang Ado..teeettt!!..he3..
Penangan blog ni "berhasil" sebab kita boleh tulis apa saja yang kita ingin tulis
Luahan perasaan?
Rasa cinta?
Rasa geram?
Nak lepas tension?
Semua boleh..
Selagi jari anda tak kebas
Dan keyboard anda tak tercabut,
Boleh saja bah kalau kau...kih3..
Tapi hati-hati..
He3...
So, aku gunakan blog aku ni untuk lepaskan semua tension dan stress
I just want to feel happy,having fun even only for 30 minuets..!!
Tapi ada juga yang condemn aku bila aku buat blog ni..,
Dorang cakap aku ni tak study la, busy dengan blog ja..,
Eh..,hello..aku ni jenis yang nda mau susahkan diri dengan masalah-masalah yang ada
iya lah..,semua orang ada masalah,
lebih-lebih lagi orang yang tengah study..
Assignment?
Presentation?
Latihan tutorial?
Meeting as MPP member?
Yang kamu cari nahas tu kenapa?
Tau dah banyak kerja mau buat, yang sibuk-sibuk jadi MPP tu kenapa?
Teettt..!!
Wei.. come on la...
Campus life tak datang selalu..
Sekali dalam seumur hidup ja..
So gunakan lah masa-masa kita sekarang ni untuk tidak mengusutkan fikiran
Nanti sudah masuk alam pekerjaan, dah jadi laki or bini orang,
Baru lah ungkapan "kalau lah dulu..." terkeluar..
hu3..
Ini la cara untuk lepaskan tension
well, lain orang lain cara..
Kalau dulu iyalah..,aku ramai kawan kat sekolah
So kalau rasa tertekan, lepak ja dengan kawan-kawan
Tapi disini suasananya sangat berbeza
Tapi bukan maksud aku tak ada kawan disini..
Kawan aku ramai disini
Tapi susah nak cari kawan yang betul-betul faham dengan kita
Ya lah..belum pun sampai setahun kenal..kui3
Kalau dulu 7 tahun di sekolah menengah
Dah tau pe'el sorang-sorang
Daripada kamu bengkakkan mata menangis, 
konon mau lepas tension..
Buat tumbuh jerawat ja..kih3..
Apa kata buatlah benda-benda yang elok,
find-out the gud way to release our stresses..
Tapi nda ada niat mau pujuk kamu yang memang nda suka blogging
untuk creat blog..
And for those who is don't like to be a blogger, 
tu korang punya pasal,,ada aku kisah..??
Okey..!!
Wah dah merepek campur melalut dah aku ni..
he3..
Okey..la..
Dah jam 1.50 pagi dah..hu3..
Nak tido..!!
p/s: ni la post aku yang paling panjang yang pernah aku tulis..kih3
 

Warna warni Tarih Lahir

Tuesday, March 10, 2009

Did you know?

Beberapa produk terkenal di dunia mengambil masa 
kira-kira 100 tahun untuk menembusi pasaran.

Proses mesin fax yang pertama dipatenkan pada tahun 1843 oleh Alexander Bain, tapi mesin faxnya sendiri baru dipergunakan pada tahun 1964. 

Pada tahun 1888, Frank Sprague menyelesaikan rel kreta api elektrik, tetapi lokomotif elektrik sendiri baru diperkenalkan pada tahun 1895. 

Eugene Ely mendaratkan sebuah pesawat diatas kapal pada tahun 1911, tetapi kapal pengangkut pesawat terbang belum disempurnakan hingga 20 tahun kemudian.

Walaupun Alexander Fleming adalah orang pertama menemui penicillin di tahun 1928, tapi setelah tahun 1938 Howard Florey dan Ernst Chain menemukan cara untuk memproduksi penicilin, dan baru didemonstrasikan pada tahun 1942.

Adolph Fick adalah orang yang pertama menyarankan penggunaan kanta sentuh di tahun 1888, dan walaupun telah ada 2 perusahaan yang memproduksi lensa kaca, tapi baru tahun 1948 Kevin Tuohy menemukan soft lens dari plastik.

Kod batang (Bar codes) ditemui oleh Bernard Silver dan Norman Woodland. Mereka menggunakan sistem pencahayaan untuk membaca sebuah set lingkaran terpusat, tetapi setelah dua dekad kemudian sistem tersebut menjadi lebih praktis dengan bantuan komputer.

Komputer pertama kali dilancarkan pada tahun 1943, lebih dari 100 tahun setelah Charles Babbage merancang alat program pertama. Babbage membatalkan ideanya setalah gagal mendapatkan sumbangan dana.

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.
Rasul adalah pemimpin umat islam yang tiada tolok tandingnya.
Marilah kita berpegang kepada Sunnah dan ajarannya.
Allahumma solli a'la sayidina Muhammad
Waa'ala aali sayidina Muhammad
salallahu alayhi wasalam.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat atau citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat."

Sunday, March 8, 2009

PhotoFunia

Saturday, March 7, 2009

Friday, March 6, 2009

Today's pics

Memandangkan hari ni hari jumaat,,penghulu segala hari..,so sebelum ke kuliah sembahyang jumaat la dulu..
aku pakai baju melayu geto..,he3..,
nama fesyen ni ialah "fesyen muslimin dan muslimah",,haahahah
habis sembahyang jumaat sempat beli dadih jagung,,kui3..
Sebelum kuliah sesi fotografi dulu..
Wui..na..kusyuk nya belajar..hu3...
As usual..,selepas ja habis kuliah acara mengambil note bermula..he3..
Panasnya Labuan..!!
Sebenarnya selepas kuliah jam4 ptg, kami ada midterm test..
so ambil gambar dulu sebelum masuk dewan exam..he3
Ni ramuan jampi untuk dapat A++..
nama ramuan ni "sidaun-daun roman kulintakan"
hahahah...
Sempat lagi bah begambar dalam dewan exam..he3..