Ingin tahu tanda-tanda lelaki jatuh cinta terhadap kamu wahai kaum wanita..??
ini dia...
- Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
 - Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya.
 - Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayanginya.
 - Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
 - Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
 - Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya kerana dia sentiasa merasa curiga.
 - Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
 - Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian kepadanya.
 - Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mau kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
 - Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
 - Dia kadang kala suka merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
 - Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
 - Dia selalu memastikan keselamatan kekasihnya.
 - Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
 - Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya kerana dia ingin merasa cintanya.
 - Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya.
 - Dia cua meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya.
 - Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
 - Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi dengan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
 - Apabila ada orang ketiga, dia akan betindak apa sahaja asalkan dia dapat merampas kembali kekasihnya.
 - Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
 - Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya.
 


No comments:
Post a Comment