Wah..,romantik dan insaf tajuk kali ni..,geli gegendang pusat bila melihat tajuknya kan, tekeluar sogong tarus,,he3..
sebenarnya post kali ni mengenai kajian mengenal personaliti di sebalik bulan kelahiran oleh Dato' Dr Hj. Fadzilah Kamsah..yg dilakukan oleh beliau selama 25 tahun..!!
ha ni dia..
Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Bagus untuk jadi doktor. Cermat dan teliti. Personaliti dinamik. Sifat yang berahsia,pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir laindari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya. Badan yang "tough" (tagap). Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam. Romantik. Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang. Suka duduk di rumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur,setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi .Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok didampingi. Suka bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai. Sangat jujur,amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.
p/s: mau tau bulan-bulan yg lain..? tungguuu...he3..
No comments:
Post a Comment