SahabatKu

Saturday, February 14, 2009

Kekasihmu Kekasih jiranku Jua..

Hari ni Hari Kekasih ataupun Valentine 's Day.., so ramai la couple2 yang p merayakannya.. Sambut punya sambut.."teeetttt...kebaabooomm..!!"..eksiden la pulok.. kalau nda mlam tadi eksiden, na..karang petang la kali tu..hahahaha... ya la,,hari ni kan malam minggu,,so "jangan di kasi lama"...kui3.. kebanyakannya yg sambut valentine's day ni di kalangan remaja yg masih sekolah..,wei bru ja tingkatan1 pandai sudah dating2...astaga.."kalau pacik dulu nak, nada tah miatu.." he3.. Valentine's day ni sebenarnya ada sejarah.., jadi sebelum mau sambut buka dulu buku sejarah.., ni la dia...
Restoran pun nda menyokong, tutup pasal Valentine atau kehabisan gas memasak..?
Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka. Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.' Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut. Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka. Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

So kepada semua umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. ``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. ``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram.

Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau. islam juga turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga anda semua mengambil iktibar!!!

Bah..,jadi..? Jadi la...he3..

p/s: pakai la helmet kalau menunggang motorsikal..he3

No comments: