OOohh no..noo..no..!!
Pada Januari 2008 seorang penganalisis ekonomi tempatan meramalkan bahawa ekonomi Malaysia akan mengalami kemelesetan pada 2009--2013 dan 2020--2024. Beliau membuat ramalan ini berdasarkan intuisi semata-mata tanpa disokong oleh fakta, tetapi terdorong setelah mengamati graf yang menunjukkan tren kitaran perniagaan di Malaysia sejak 1966 hingga 2000.
Sepanjang tempoh tersebut Malaysia pernah mencatatkan penurunan ekonomi dengan kadar pertumbuhan output benar di bawah 5% pada tahun 1967, 1% pada 1974-1975, -2% pada 1985-1986 dan yang terakhir -7% pada 1997-1998.
- 1967 - kejatuhan pertama setelah 1963 (Malaysia terbentuk)
- 1974-1975 - akibat krisis harga minyak dunia
- 1985-1986 - akibat kejatuhan harga komoditi; dan
- 1997-1998 - akibat krisi kewangan di Asia
Jika kita melihat kepada graf tersebut, ekonomi Malaysia pasti akan mengalami kejatuhan bukan sahaja pada selang yang hampir sekata, iaitu setiap 10 tahun, bahkan juga mengikut nilai kejatuhan yang seragam. Dengan melihat kepada graf ini juga, justeru intuisi beliau meramalkan bahawa tren tersebut akan berulang seperti yang berikut:
- 1967 - kejatuhan pertama setelah 1963 (Malaysia terbentuk)
- 1974-1975 - akibat krisis harga minyak dunia
- 1985-1986 - akibat kejatuhan harga komoditi; dan
- 1997-1998 - akibat krisi kewangan di Asia
- 2009-2013 - akibat krisis politik dalam negeri; dan
- 2020-2024 - akibat krisis sumber manusia
Beliau juga meramalkan bahawa krisis ekonomi pada 2009--2013 adalah lebih gawat berbanding keadaan 1997-1998, mungkin mencatatkan sehingga ke paras -10% dan lebih teruk lagi pada tahun 2020-2024 itu yang berkemungkinan akan mencatatkan 16% di bawah sifar.
Jadi pesanku wahai si mambang, marilah kita berwaspada dan bersatu teguh bercerai roboh agar negara kita dan kita sendiri tidak mengalami seperti apa yang dialami pada zaman Nabi Yusuf.
Wallahu a'lam.
2 comments:
gue link balik yaa.
tinggal follow aja kok..
well, gmana cara follownya?
Post a Comment