SahabatKu

Thursday, January 15, 2009

Hari ini

Hari ini
Hari ini aku sangat letih
Letih melakukan semua kerja
Kerja ini, kerja itu
Hari ini
Hari ini aku sangat letih
Letih memikirkan semua hal
Hal ini, hal itu
Hari ini
Hari ini aku sangat letih
Letih mengejar cita-cita
Cita-cita ini, cita-cita itu
Hari ini
Hari ini aku sangat letih
Letih mencari semangat diri
Semangat ini, semangat itu
Tetapi hari ini
Hari ini aku tidak akan letih lagi
Kerana aku akan mengatasinya
Kerana aku akan mencabarnya
Kerana aku yakin akan adanya kuasaNya
Sumber: Rebinson Ja' Mich Ali

No comments: