Banyak yang tertanya-tanya apkah yang dimaksudkan sebagai ibadah korban. Dan ada yang menganggap ibadah korban itu sekadar meneyambelih binatang sahaja di hari raya aidil adha. Itu kurang tepat. Bagi saya korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Aidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.Allah S.W.T berfirman;“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. - Surah al-Kautsar: ayat 2Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Aidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
Dan setahu saya ada dalil mengenai ibadah korban ini, iaitu firman Allah S.W.T.;“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. - Surah al-Kautsar, ayat 2. Maksud solat ataupun sembahyang pada ayat ini ialah solat Aidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban. Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut seperti berikut:“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya”. Hikmah sebenar sesuatu ibadah hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan;1. Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.2. Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.3. Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.4. Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.
Oleh itu kepada mereka yang selama ini kurang tahu apakah yang di sebutkan sebagai ibadah korban,maksud saya bukan kerana anda semua tidak tahu,mungkin kurang jelas sahaja. So, sama-sama kita fahami ya bos,,,,
No comments:
Post a Comment