SahabatKu

Sunday, July 12, 2009

Rahsia Emel

yiihuui...
sekarang aku nak kongsi tentang rahsia disebalik alamat emel..,
maksudnya kita boleh mengenali seseorang itu melalui alamat emelnya..hahay..
kan kita biasa lihat berbaga-bagai alamat emel yang pelik,aneh,lucu dan yang ADOOO pun ada...toink..toink...
so aku nak share sikit la kan...
bulih ka..??
bulih bah kalau kau..
okay, here we go!!
Jika individu itu mengunakan nama penuhnya,,
contoh: nurnilamsari_said@ymail.com
Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.
Jika menggunakan nama depan dan tengah,,
contoh: Amir Arif Ahmad, so alamat emelnya ialah amiralif@ymail.com
Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.
Jika menggunakan nama dan tahun,,
contoh: farah1990@ymail.com
Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.
hehe..ramai yang suka buat begini..ciieeh..
Jika menggunakan nama samaran pulak (wew mcm aku je ni..)
contoh: kayrulong@ymail.com
Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain (widiiih). Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.
dan,
Jika dia suka sangat letak nombor dan abjad,,
contohnya: wbk0912@ymail.com
Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja.Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak ... kirim salam sahajalah..

hahaha..

so dah kenal siapa dirimu yang sebenar..??

siapa yang nak percaya ok la tu, tapi yang tak percaya tak pe la,,ada aku kessaah..?? hahahaay..

ok la..

see u next post..!!

1 comment:

Cecep Koto said...

gimana kalo yang email gw yang kaya gini netto250ml@yahoo.com kan gak abjad gw punya email geto. ah lo bohong banget lo....