Assalammualaikum wbt.
Hari ni 24 oktober 2010. Genaplah 2 tahun umur blog aku ni. Maknanya sudah 2 tahun aku tinggal di Labuan ni. Dan ini juga bermakna aku ada 1 tahun lagi untuk menamatkan pengajian ku disini. Amin. Aku bangunkan blog yang semput dan sedan ni sebenarnya hanya sekadar suka-suka. Tanpa ada paksaan dari pihak ketiga..ngeh..ngeh..ngeh..kepoyoan. matlamat utama aku juga sebenarnya ialah untuk ingin menjadikan blog ini sebangai bahan kenang-kenangan aku semasa belajar di Labuan ini. Sebelum membina blog, pada mulanya aku hanya mahu menulis diari sepanjang tempoh 3 tahun yang akan aku hadapi, tetapi selepas fikir dan fikir lagi, aku rasa cara itu suda lapok. Hahaha..dan aku takut diari itu akan hilang [lagipun cara tu mcm cibai..hahaha]. So selepas aku pertimbangkan semua itu, aku mahu cari alternatife yang lain.
Selepas 2 bulan aku belajar di UMSKAL ini, aku dan kawan2 merancang untuk menyambung talian internet terus ke bilik kami masing-masing. Hahaha..happy gilaaa.. then selepas adanya talian internet, aku suka surfing dan membaca post2 yang ada di blog orang lain. Sehingga pada suatu malam itu, aku rasa nak ada blog sendiri. [ pada malam tu ada org yang suruh aku buat, nak tahu siapa? Jom klik ke SINI]. Dan selepas berjam-jam aku belajar dengan orang tu, aku pun faham la sikit-sikit. Hahaa..so, aku pun memilih blog sebagai bahan yang akan aku jadikan kenang-kenangan nanti. Sehingga sekarang sebenarnya aku masih tidak pro tentang alam blog ni. Mungkin kalau tahun lalu aku katakan aku hanya tahu 40% tentang blog ni, sekarang ada peningkatan 10%. Hahaha,,dalam erti kata lain masih banyak yang aku perlu pelajari. Ye lah kan..aku ni kan buta IT..hahhaa..
kalau dulu mungkin ramai yang cakap aku ni macam orang gila sebab hari-hari mengadap lap top melihat blog ku. Ye lah, dulu hari-hari aku cari maklumat untuk mengetahui lagi cara-cara bagaimana membangunkan blog yang baik. Dan kadang-kadang ada juga yang kurang selesa sebab setiap post baru yang aku buat d blog ini, aku akan SPAM ke ym dan FB mereka. Hahaha…apa boleh buat..
So, aku dah tak tahu apa nak tulis lagi, hanya nak ucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang selalu ke blog ku ini secara sukarela atau paksaan [ramai yang secara paksaan..hahaha]. HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY LOVELY BLOG .
No comments:
Post a Comment