SahabatKu

Wednesday, October 27, 2010

Gunung Merapi Meletus, Masjid Berdiri Kukuh & Mbah Marijan Mati Dalam Keadaan Sujud

Gunung Merapi adalah sebuah gunung berapi aktif yang terdapat di Jogjakarta, Indonesia. Sejak tahun 1548, gunung ini sudah meletus sebanyak 68 kali dan kedudukannya yang tidak jauh dengan Kota Jogjakarta serta terdapat beberapa desa dilereng-lereng gunung tersebut. Kabarnya gunung tersebut telah banyak "memakan" mangsa, dan pada 26 Oktober 2010 sekali lagi Gunung Merapi melimpahkan laharnya dan segala isinya sekali gus "mamakan" ramai lagi korban setelah lama tidak menjamah "santapan"nya.
Gunung Merapi Jogjakarta Indonesia
Apa yang menariknya dan membuatkan kita kagum adalah dengan kekuasaan Allah swt apabila sebuah masjid yang terdapat pada sebuah desa terus berdiri kukuh tanpa sebarang kerosakan yang teruk walaupun bangunan-bangunan lain yang terdapat di desa tersebut semuanya ranap dijilat limpahan lahar Gunung Merapi itu, serta terdapat dua ekor lembu yang terselamat dari bencana tersebut dan hanya melecur pada di kulit. Subhanallah. Begitu besar kuasa Allah swt. Jiki difikirkan secara logik, jika sudah puluhan manusia terkorban dan bangunan-bangunan banyak yang ranap, manakan ada lembu dan bangunan usang yang boleh terselemat. Ini semuanya urusan Allah.
Kuasa Allah swt.
Satu perkara lagi yang menarik yang saya mahu kongsikan di sini ialah mengenai seorang "Juru Kunci Gunung Merapi" yang bernama Mbah Marijan atau nama sebenar beliau Mas Penewu Suraksohargo turut terkorban dalam bencana letusan gunung berapi ini. Beliau yang dikenali sebagai penjaga Gunung Merapi ini yang mana dipercayai boleh mengunci lahar gunung berapi ini dari melimpah dilihat telah terkorban dalam keadaan SUJUD di rumah beliau. Ngeri sungguh. di bawah saya ada kongsikan gambar dan video jenazah Mbah Marijan dalam keadaan sujud.
Mbah Marijan
Klik gambar untuk pemuas mata

Saya nak ucapkan takziah kepada semua korban yang terkorban dan kabarnya lahar Gunung Merapi ini akan meletus lagi. Bersama-samalah kita berdoa supaya bencana ini tidak terjadi di negara kita Malaysia ini. Dan semua kejadian ini adalah ditentukan oleh Allah swt.

Wallahualam bissawab.

p/s: Malaysia & Indonesia, peace no war. :)

Sotong Paul Mati

Akhirnya ajal Paul si sotong yang popular itu akhirnya tiba juga di akuarium laut Oberhausen di Jerman, pada 26 Oktober 2010. Paul menjadi tumpuan apabila meramal tepat keputusan perlawanan Piala Dunia di Afrika Selatan baru-baru ini. Paul yang berumur 2 tahun setengah dijumpai mati di dalam tangki tempat dia di simpan. Sotong peramal ini mati disebabkan penyakit biasa pada sotong dan bukanlah satu yang pelik sotong mati dalam umur yang pendek.
Haii laah Paul...mati juga ko ye akhirnyer...hehe...Apa apa pun ko dah famous, namamu sentiasa akan menjadi sebutan ramai walaupun ko dah mati...
Tinggal Kenangan
Bakar pun sodap.
p/s: Jasamu dikenang..ngee~

Rokok Berdarah Babi

Salam Satu Malaysia.. (yg tiada duanya..hehe..)
Kali ini saya nak kongsikan satu informasi yang pastinya akan mengejutkann ramai pihak lebih-lebih lagi kepada sang pencinta asap a.k.a perokok tegar.
mengikut keratan akhbah Berita Harian keluaran 1 April 2010 ini, terdapat kandungan darah BABI dalam puntung rokok. Ini adalah berdasarkan beberapa kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar tertentu. Jom sama-sama kita baca.
Klik gambar untuk rangsangan yang mantap
Sebenarnya keratan akhbar ni adalah isu yang lama sudah diwar-warkan..hohoho..
saya sahaja yang lambat post...:)
saya hanya nak kongsikan kepada yg belum membaca..
apa-apa pun..kepada pecinta rokok...fikir-fikirkan..dan selamat beramal...
p/s: betulkah?

Monday, October 25, 2010

Islamic Fashion Festival 2010 Yang Terlampau

Islamic Fashion Festival 2010 telah menyingkap 1001 persoalan dan menimbulkan banyak reaksi negatif. Apa tidaknya, nama sahaja ISLAMIC FASHION FESTIVAL tapi...........
Gaya wanita Islam?
Ini?
Ini ker gaya wanita Islam?
Senyum ye kak..?
errrmm...saya tak perlu cakap banyak, kerana anda sendiri boleh menilai semua ini. Sama-sama kita fikirkan.....kiamat dah dekat..sedarlaah..
p/s: MALAPETAKA

Sunday, October 24, 2010

Umur 2 tahun

Assalammualaikum wbt.
Hari ni 24 oktober 2010. Genaplah 2 tahun umur blog aku ni. Maknanya sudah 2 tahun aku tinggal di Labuan ni. Dan ini juga bermakna aku ada 1 tahun lagi untuk menamatkan pengajian ku disini. Amin. Aku bangunkan blog yang semput dan sedan ni sebenarnya hanya sekadar suka-suka. Tanpa ada paksaan dari pihak ketiga..ngeh..ngeh..ngeh..kepoyoan. matlamat utama aku juga sebenarnya ialah untuk ingin menjadikan blog ini sebangai bahan kenang-kenangan aku semasa belajar di Labuan ini. Sebelum membina blog, pada mulanya aku hanya mahu menulis diari sepanjang tempoh 3 tahun yang akan aku hadapi, tetapi selepas fikir dan fikir lagi, aku rasa cara itu suda lapok. Hahaha..dan aku takut diari itu akan hilang [lagipun cara tu mcm cibai..hahaha]. So selepas aku pertimbangkan semua itu, aku mahu cari alternatife yang lain.
Selepas 2 bulan aku belajar di UMSKAL ini, aku dan kawan2 merancang untuk menyambung talian internet terus ke bilik kami masing-masing. Hahaha..happy gilaaa.. then selepas adanya talian internet, aku suka surfing dan membaca post2 yang ada di blog orang lain. Sehingga pada suatu malam itu, aku rasa nak ada blog sendiri. [ pada malam tu ada org yang suruh aku buat, nak tahu siapa? Jom klik ke SINI]. Dan selepas berjam-jam aku belajar dengan orang tu, aku pun faham la sikit-sikit. Hahaa..so, aku pun memilih blog sebagai bahan yang akan aku jadikan kenang-kenangan nanti. Sehingga sekarang sebenarnya aku masih tidak pro tentang alam blog ni. Mungkin kalau tahun lalu aku katakan aku hanya tahu 40% tentang blog ni, sekarang ada peningkatan 10%. Hahaha,,dalam erti kata lain masih banyak yang aku perlu pelajari. Ye lah kan..aku ni kan buta IT..hahhaa..
kalau dulu mungkin ramai yang cakap aku ni macam orang gila sebab hari-hari mengadap lap top melihat blog ku. Ye lah, dulu hari-hari aku cari maklumat untuk mengetahui lagi cara-cara bagaimana membangunkan blog yang baik. Dan kadang-kadang ada juga yang kurang selesa sebab setiap post baru yang aku buat d blog ini, aku akan SPAM ke ym dan FB mereka. Hahaha…apa boleh buat..
So, aku dah tak tahu apa nak tulis lagi, hanya nak ucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang selalu ke blog ku ini secara sukarela atau paksaan [ramai yang secara paksaan..hahaha]. HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY LOVELY BLOG .