SahabatKu

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha 2010

Assalammualaikum w.b.t
Sudah lama saya tidak membuat sebarang entri dalam blog ini. Memandangkan sekarang ini kampus kami sedang dilanda "demam" peperiksaaan, jadi tentunya kesibukan mengulang kaji pelajaran dan membuat persediaan untuk mengharungi peperiksaan melanda diriku, hehe. Baiklah, sebenarnya Hari Raya Aidiladha pada tahun ini saya akan menyambutnya di kampus saya. Pertama kali mendengar suara takbir diperantauan.

Sambutan Hari Raya Aidiladha ini seperti yang kita sedia maklum akan disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Selain dari itu, ianya juga dikenali sebagai Yaumun-nahar yang bermaksud Hari Raya Korban dan juga disebut sebagai Yaumul-haj yang bermaksud Hari Raya Haji. Hari Raya Aidiladga ini adalah hari yang mana hari yang dituntut untuk melakukan korban seperi lembu, kambing, kerbau dan unta bagi yang mampu.. Sambutan Aidiladha ini haruslah disambut dengan penuh amal ibadat seperti bertakbir & bertahmid sama ada di masjid ataupun di rumah pada 10 Zulhijjah. Selain itu, ibadat solat sunat Aidiladha juga akan dilakukan secara berjemaah.

Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban tidak dapat dipisahkan dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s. Sayangnya, peristiwa agung ini sekadar dilihat dari sudut sejarahnya semata-mata. Sebab itulah, acap kali tibanya Aidiladha, segelintir masyarakat Islam di negara ini meletakkan perayaan ini setaraf dengan hari-hari cuti biasa. Berbeza dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang disambut selama sebulan. Adakah ini menunjukkan penghayatan terhadap pengertian dan pengajaran di sebalik Aidiladha itu sudah semakin terhakis dalam masyarakat kita? Jika ya, bagaimanakah seharusnya peristiwa tersohor ini dihayati pengajarannya sesuai dengan senario kehidupan sekarang.

Ibadah korban juga dapat melatih dan mendidik individu Muslim itu untuk bersikap dermawan. Ini kerana Islam menyuruh agar daging sembelihan korban itu disedekahkan dan diagihkan kepada fakir miskin, di samping orang yang berkorban juga harus hukumnya memakan sebahagian kecil daripada daging tersebut.

Sebenarnya, perayaan Aidilfitri dan Aidiladha adalah sama sahaja berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud:

"Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (riwayat Abu Daud)

Jadi, sama-samalah kita menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran dan memperbanyakkan lagi amal ibadat dibulan yang penuh dengan kebaikan ini. Salam Aidiladha dari saya Kayrul Ong dan Keluarga.

p/s: Sedih juga tak dapat balik kampung. hoho.

Wednesday, October 27, 2010

Gunung Merapi Meletus, Masjid Berdiri Kukuh & Mbah Marijan Mati Dalam Keadaan Sujud

Gunung Merapi adalah sebuah gunung berapi aktif yang terdapat di Jogjakarta, Indonesia. Sejak tahun 1548, gunung ini sudah meletus sebanyak 68 kali dan kedudukannya yang tidak jauh dengan Kota Jogjakarta serta terdapat beberapa desa dilereng-lereng gunung tersebut. Kabarnya gunung tersebut telah banyak "memakan" mangsa, dan pada 26 Oktober 2010 sekali lagi Gunung Merapi melimpahkan laharnya dan segala isinya sekali gus "mamakan" ramai lagi korban setelah lama tidak menjamah "santapan"nya.
Gunung Merapi Jogjakarta Indonesia
Apa yang menariknya dan membuatkan kita kagum adalah dengan kekuasaan Allah swt apabila sebuah masjid yang terdapat pada sebuah desa terus berdiri kukuh tanpa sebarang kerosakan yang teruk walaupun bangunan-bangunan lain yang terdapat di desa tersebut semuanya ranap dijilat limpahan lahar Gunung Merapi itu, serta terdapat dua ekor lembu yang terselamat dari bencana tersebut dan hanya melecur pada di kulit. Subhanallah. Begitu besar kuasa Allah swt. Jiki difikirkan secara logik, jika sudah puluhan manusia terkorban dan bangunan-bangunan banyak yang ranap, manakan ada lembu dan bangunan usang yang boleh terselemat. Ini semuanya urusan Allah.
Kuasa Allah swt.
Satu perkara lagi yang menarik yang saya mahu kongsikan di sini ialah mengenai seorang "Juru Kunci Gunung Merapi" yang bernama Mbah Marijan atau nama sebenar beliau Mas Penewu Suraksohargo turut terkorban dalam bencana letusan gunung berapi ini. Beliau yang dikenali sebagai penjaga Gunung Merapi ini yang mana dipercayai boleh mengunci lahar gunung berapi ini dari melimpah dilihat telah terkorban dalam keadaan SUJUD di rumah beliau. Ngeri sungguh. di bawah saya ada kongsikan gambar dan video jenazah Mbah Marijan dalam keadaan sujud.
Mbah Marijan
Klik gambar untuk pemuas mata

Saya nak ucapkan takziah kepada semua korban yang terkorban dan kabarnya lahar Gunung Merapi ini akan meletus lagi. Bersama-samalah kita berdoa supaya bencana ini tidak terjadi di negara kita Malaysia ini. Dan semua kejadian ini adalah ditentukan oleh Allah swt.

Wallahualam bissawab.

p/s: Malaysia & Indonesia, peace no war. :)

Sotong Paul Mati

Akhirnya ajal Paul si sotong yang popular itu akhirnya tiba juga di akuarium laut Oberhausen di Jerman, pada 26 Oktober 2010. Paul menjadi tumpuan apabila meramal tepat keputusan perlawanan Piala Dunia di Afrika Selatan baru-baru ini. Paul yang berumur 2 tahun setengah dijumpai mati di dalam tangki tempat dia di simpan. Sotong peramal ini mati disebabkan penyakit biasa pada sotong dan bukanlah satu yang pelik sotong mati dalam umur yang pendek.
Haii laah Paul...mati juga ko ye akhirnyer...hehe...Apa apa pun ko dah famous, namamu sentiasa akan menjadi sebutan ramai walaupun ko dah mati...
Tinggal Kenangan
Bakar pun sodap.
p/s: Jasamu dikenang..ngee~