Selamat
Menyambut
Hari Kemerdekaan Ke-53
Saya
Sayang
Malaysia
Monday, August 30, 2010
Tuesday, August 24, 2010
Minyak Sapi QBB Pure Ghee Campur Lemak Babi?
QBB Pure Ghee produk yang tidak asing lagi bagi peniaga-peniaga kuih ataupun biskut. Bahkan para suri rumah juga sering menggunakan produl ini sebagai resipi di dalam adunan biskut, lebih-lebih lagi bila tibanya musim perayaan. Terbaru ada cerita mengenai penarikan sijil HALAL kepada produk ini oleh JAKIM. Macam-macam kan? Selepas McDonald's, produk ni pula dikatakan TIDAK HALAL kerana kandungan produk ini ada bercampur dengan LEMAK BABI. Iya.. LEMAK BABI. Saya ada mendapat infomasi ini, seperti yang tertera seperti berikut:
Penggantungan Sijil Pengesahan Halal Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd.
Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan untuk menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.
Sekian, terima kasih
- Pegawai Perhubungan Awam JAKIM
Tarikh : 24 Ogos 2010
Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 604

QBB Pure Ghee
Selain dari maklumat tersebut, saya ada terbaca di laman blog JURNAL HALAL yang juga membangkitkan isu ini.
Nak baca dengan lebih lanjut ?
p/s: BENARKAH ?
Monday, August 23, 2010
Produk Makanan McDonald's HALAL
Berhubung dengan isu penarikan sijil pengiktirafan terhadap McDonald's yang sudah menjadi isu hangat ketika ini, pihak pengurusan McDonald's (M) telah membuat satu kenyataan bahawa semua produk-produk makanan di McDonald's adalah halal. Jom kita baca.

Klik gambar untuk penghayatan tahap dewa
Jadi sekarang ini jelas lah bahawa produk McDonnald's "HALALAN TOYYIBAH". Jangan percayakan spekulasi-spekulasi yang ada. Spekulasi adalah HARAM disisi ISLAM.
p/s: McDonald's, "bila terasa rindu..."
Labels:
informasi
Subscribe to:
Posts (Atom)

