SahabatKu

Thursday, July 15, 2010

Kau malu

Malu lah kau bila tak ada ketulusan
Malu lah kau bila cakap tak serupa bikin
Malu lah kau bila kerja hentam keruman
Malu lah kau bila kerja last minute
Malu lah kau bila kerja asal ada
Malu lah kau kepada dirimu sendiri
Tidak kah kau malu bila orang cakap kau lembab?
Tidak kah kau malu bila kerja kau tak siap?
Tidak kah kau malu bila orang semua diatas tapi kau masih di bawah?
Tidak kah kau malu bila kau mengampu nak ke atas?
Tidak kah kau malu dengan keluarga kau?
Malu lah kau bila kata tak dikota
Malu lah kau bila kau tak tepati masa
Malu lah kau bila kau dipandang sebelah mata
Malu lah kau bila kebodohan menguasai dirimu
Malu lah kau bila kau berdusta nista
Malu lah kau kepada dirimu sendiri
Tidak kah kau malu bila kau bercakap bohong?
Tidak kah kau malu bila kau bercakap kotor?
Tidak kah kau malu bila kau dihentam dari depan dan belakang?
Tidak kah kau malu bila orang bercakap tentang dirimu dari belakang?
Tidak kah kau malu bila orang atasan cakap yang semua keputusan kau itu palsu?
Tidak kah kau malu dengan keluarga mu?
Malu lah wahai manusia
Malu lah wahai semua
Malu lah kepada Tuhan mu
Malu lah.
p/s: dtg dri hati yang sakit

Thursday, May 6, 2010

Pengasas Makanan Dunia

Assalammualaikum w.b,t..
Jom kita lihat wajah-wajah disebalik nama makanan dan minuman yang begitu popular di dunia...hahhaa...
Kellogg’s 1906 – USA
W.K. Kellogg
Lipton 1908 - UK
Sir Thomas Sullivan Lipton
Ferrero Rocher 1946 – Italy
Pietro Ferrero
Coca-cola 1888 – USA
John Pemberton
Nestle 1866 - germany
Henri Nestle (1814-1890)
Pepsi 1890 - Germany
Caleb Davis Bradham
p/s: Makan lah selagi ada selera makan,

Monday, May 3, 2010

Ugutan Bunuh Nik Aziz - Safuan Ditahan Polis

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman rangkaian sosial, Facebook.
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
"Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira jam 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik (Abdul) Aziz," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.
Sabtu lalu, Dewan Pemuda Pas membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman rangkaian sosial milik seorang lelaki terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu.
Laporan polis itu dibuat Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook.
Dalam laman webnya, lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh “Nik Aziz”.
Zulkarnain berkata, bagaimanapun polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman itu dan individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh berkenaan.
"Kami sedang mendapatkan tempoh reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum dia dibawa ke sini (IPD Dang Wangi) untuk disoal-siasat," katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - Bernama
hayooo...
Semakin menjadi-jadi nampaknya perangai manusia sekarang ni...dulu gempar isu remaja hina Din Beramboi, sekarang ugut bunuh la pulak... semua ini adalah hasil penangan laman sosial yang kadang-kadang membawa sial juga...hohoho...
Nak cari publisiti murahan dan nak glamor cepat ke ni.?
Agak-agak la bang oiiii....
Jom kita baca komen-komen yang telah cik abang kita ni tulis dalam laman SOsial nya...hehe.
Klik Gambar kalau nak paparan yang mencengkam sanubari
Klik gambar kalau nak tgk dengan mata terbonjol
Ha....tgk kat bawah ni, org yang menyiasat tentang latarbelakang cik abang kita ni memang first class weeii..menyiasat hingga ke semakan daftar pemilih..hahaha..Tahniah..!! Anda Hebat..!!
walaupun yang hadoo....
klik gambar untuk tontonan tanpa batas
So,
saya tak nak komen banyak-banyak...anda boleh menilai sendiri yoo...
( Facebook dah banyak merosakan pemikiran anak muda kita)
Credit to OhTidak.com dan Berita Harian