SahabatKu

Thursday, May 6, 2010

Pengasas Makanan Dunia

Assalammualaikum w.b,t..
Jom kita lihat wajah-wajah disebalik nama makanan dan minuman yang begitu popular di dunia...hahhaa...
Kellogg’s 1906 – USA
W.K. Kellogg
Lipton 1908 - UK
Sir Thomas Sullivan Lipton
Ferrero Rocher 1946 – Italy
Pietro Ferrero
Coca-cola 1888 – USA
John Pemberton
Nestle 1866 - germany
Henri Nestle (1814-1890)
Pepsi 1890 - Germany
Caleb Davis Bradham
p/s: Makan lah selagi ada selera makan,

Monday, May 3, 2010

Ugutan Bunuh Nik Aziz - Safuan Ditahan Polis

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman rangkaian sosial, Facebook.
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
"Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira jam 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik (Abdul) Aziz," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.
Sabtu lalu, Dewan Pemuda Pas membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman rangkaian sosial milik seorang lelaki terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu.
Laporan polis itu dibuat Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook.
Dalam laman webnya, lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh “Nik Aziz”.
Zulkarnain berkata, bagaimanapun polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman itu dan individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh berkenaan.
"Kami sedang mendapatkan tempoh reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum dia dibawa ke sini (IPD Dang Wangi) untuk disoal-siasat," katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - Bernama
hayooo...
Semakin menjadi-jadi nampaknya perangai manusia sekarang ni...dulu gempar isu remaja hina Din Beramboi, sekarang ugut bunuh la pulak... semua ini adalah hasil penangan laman sosial yang kadang-kadang membawa sial juga...hohoho...
Nak cari publisiti murahan dan nak glamor cepat ke ni.?
Agak-agak la bang oiiii....
Jom kita baca komen-komen yang telah cik abang kita ni tulis dalam laman SOsial nya...hehe.
Klik Gambar kalau nak paparan yang mencengkam sanubari
Klik gambar kalau nak tgk dengan mata terbonjol
Ha....tgk kat bawah ni, org yang menyiasat tentang latarbelakang cik abang kita ni memang first class weeii..menyiasat hingga ke semakan daftar pemilih..hahaha..Tahniah..!! Anda Hebat..!!
walaupun yang hadoo....
klik gambar untuk tontonan tanpa batas
So,
saya tak nak komen banyak-banyak...anda boleh menilai sendiri yoo...
( Facebook dah banyak merosakan pemikiran anak muda kita)
Credit to OhTidak.com dan Berita Harian

Friday, April 30, 2010

KONSPIRASI DUNIA – Kehadiran Dajal Semakin Jelas Dirasai

Assalamualaikum...
Ha..,,apa kabar org2 kampung..???
hehe...
kali ni saya nak berkongsi sedikit dengan cerita mengenai dajjal...
waaah..!! bila sebut DAJJAL...semua org akan takut dan tertanya-tanya akan kewujudan dajjal..
huhuhu...saya pun takut dowh..
Baiklah,,,,,
kali ni saya nak anda semua membaca hasil tulisan Kumanddie ini yang bertajuk "KONSPIRASI DUNIA –Kehadiran Dajal Semakin Jelas Dirasai"
kalau nak beli buku ni, anda semua pun tak tau dimana nak mendapatkannya kan.?
So, sekarang ni jika anda berminat nak baca hasil tulisan ini, anda cuma perlu download..
hehehe..mudah bukan..?
Download link akan saya sediakan khas untuk anda semua...
Isi buku ini memang menarik, dan konspirasi-konspirasi yang dicipta hadir tanpa kita sedari.
Antara isu yang akan dibongkar dalam buku ini ialah:..
  1. 1. Codex Alimentarius Population Reduction (Kod Makanan)
  2. Rahsia Vatican
  3. Obelisk
  4. Tower Of Babel
  5. Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam?
  6. Artis-artis Dajal
  7. Mind Control (Yakov And The Seven Thieves) - buku cerita kanak2 oleh Madonna.
  8. Harry Potter
  9. Hollywood
  10. The Gate
Menarik bukan.?
so, saya tak nak komen baca, terserah kepada anda jika nak baca atau tidak, tapi rasanya jika anda tidak membacanya, anda adalah orang yang rugi...hehee..
free je pun..bukan bayar pun...
Berminat.?
Selamat membaca....
p/s: Kiamat dah dekat.