SahabatKu

Sunday, October 24, 2010

Umur 2 tahun

Assalammualaikum wbt.
Hari ni 24 oktober 2010. Genaplah 2 tahun umur blog aku ni. Maknanya sudah 2 tahun aku tinggal di Labuan ni. Dan ini juga bermakna aku ada 1 tahun lagi untuk menamatkan pengajian ku disini. Amin. Aku bangunkan blog yang semput dan sedan ni sebenarnya hanya sekadar suka-suka. Tanpa ada paksaan dari pihak ketiga..ngeh..ngeh..ngeh..kepoyoan. matlamat utama aku juga sebenarnya ialah untuk ingin menjadikan blog ini sebangai bahan kenang-kenangan aku semasa belajar di Labuan ini. Sebelum membina blog, pada mulanya aku hanya mahu menulis diari sepanjang tempoh 3 tahun yang akan aku hadapi, tetapi selepas fikir dan fikir lagi, aku rasa cara itu suda lapok. Hahaha..dan aku takut diari itu akan hilang [lagipun cara tu mcm cibai..hahaha]. So selepas aku pertimbangkan semua itu, aku mahu cari alternatife yang lain.
Selepas 2 bulan aku belajar di UMSKAL ini, aku dan kawan2 merancang untuk menyambung talian internet terus ke bilik kami masing-masing. Hahaha..happy gilaaa.. then selepas adanya talian internet, aku suka surfing dan membaca post2 yang ada di blog orang lain. Sehingga pada suatu malam itu, aku rasa nak ada blog sendiri. [ pada malam tu ada org yang suruh aku buat, nak tahu siapa? Jom klik ke SINI]. Dan selepas berjam-jam aku belajar dengan orang tu, aku pun faham la sikit-sikit. Hahaa..so, aku pun memilih blog sebagai bahan yang akan aku jadikan kenang-kenangan nanti. Sehingga sekarang sebenarnya aku masih tidak pro tentang alam blog ni. Mungkin kalau tahun lalu aku katakan aku hanya tahu 40% tentang blog ni, sekarang ada peningkatan 10%. Hahaha,,dalam erti kata lain masih banyak yang aku perlu pelajari. Ye lah kan..aku ni kan buta IT..hahhaa..
kalau dulu mungkin ramai yang cakap aku ni macam orang gila sebab hari-hari mengadap lap top melihat blog ku. Ye lah, dulu hari-hari aku cari maklumat untuk mengetahui lagi cara-cara bagaimana membangunkan blog yang baik. Dan kadang-kadang ada juga yang kurang selesa sebab setiap post baru yang aku buat d blog ini, aku akan SPAM ke ym dan FB mereka. Hahaha…apa boleh buat..
So, aku dah tak tahu apa nak tulis lagi, hanya nak ucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang selalu ke blog ku ini secara sukarela atau paksaan [ramai yang secara paksaan..hahaha]. HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY LOVELY BLOG .

Thursday, September 23, 2010

Penampakan Hantu Di Pantai Lahad Datu Sabah

seram
Kejadian ni dirakamkan ketika sebuah keluarga sedang beriadah dan mandi manda di salah satu pantai yang terdapat di Lahad Datu Sabah. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, orang yang merakam video ni tidak sedar akan kehadiaran hantu tersebut dan bila sampai sahaja dirumah beliau, beliau memainkan semula video tersebut. Dengan perasaan terkejut dan terpesona(hehe), beliau menyedari bahawa ada hantu sedang skodeng mereka mandi.hehee..
Rakaman ini telah dibuat pada waktu senja. Dan mengikut cerita penduduk tempatan disana, pantai tersebut memang banyak kes penampakan hantu, dan dikatakan sekitar pantai tersebut mempunyai beberapa buah kubur lama. Jom sama-sama kita saksikan video ini.
Video 1
cuba "pause"kan pada saat ke 0:05
Video 2
klik pause pada 2:18
Seramkah?
p/s: Allah Maha Mengatahui

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya