SahabatKu

Thursday, August 5, 2010

Pelajar Sarawak Kurang Ajar

Salam Satu Malaysia....
post kali ni saya nak kongsikan mengenai ketidaksopanan seorang pelajar sekolah menengah yang berasal dari Sarawak. Waaaah....bukan main lagi yee...sikap kurang ajar yang ditunjukan oleh pelajar terhadap seorang guru ini memang parah..!!!
Siap menumbuk lagi lagi...waduh2...apa nak jadi la weei...
jom kita saksikan video dibawah betapa kurang ajarnya pelajar tersebut...
Saya bukan nak cakap apa la kan,, tapi melihat gaya pelajar ini, kita boleh lihat bagaimana dia dididik oleh Ibubapanya...begini kah sikap anak-anak sekarang? Tak tau lah apa akan jadi kepada budak ni 5 tahun dari sekarang, harap-harap dia berubah. Mari sama-sama kita doakan supaya dia berubah dan meminta maaf kepada guru tersebut.
komen anda bagaimana?
p/s: Tak malu ker keluarganya selepas video rakaman ni tersebar luas?

Wednesday, August 4, 2010

Makan dan Jangan Makan McDonald's

Assalammualaikum,
Hai semua...salam Satu Malaysia...hehe..Satu ker? teettt... :D
baiklah....

Post kali ni saya nak berkongsi mengenai perkara yang semua orang suka, iaitu MAKAN..!!siapa tak suka makan,,, makan adalah salah satu keperluan yang amat penting kepada semua makhluk dimuka bumi ini. Tidak kiralah manusia,binatang ataupun tumbuh-tumbuhan.Orang kata, lain orang lain selera. Ada yang suka makan masakan pedas, masakan sup, masakan bergoreng, makanan segera dan bermacam-macam lagi lah.

Kalau kita sebut pasal makanan "fast-food", mesti kita sudah terbanyang-banyangkan KFC,Burger King, dan sebagainya. Jika kita sebut McDonald's pula? haaah...satu dunia tahu tentang McDonald's kan. Tidak perlu lah saya nak jelaskan mengenainya (buang masa saya menulis.. hohoho). Mungkin anda, dan termasuk saya sendiri sangat menggemari McDonald's.

Tapi pernahkah anda fikir mengenai khasiat dan kandungan nutrisi di setiapa hidangan McDonald's? haha.. Ramai yang kata makanan "fast-food" seperti McDonald's tidak berkhasiat dan MENGGEMUKAN. Memang betul, tapi ada sesetengah hidangan yang di sajikan mempunyai kandungan kalori dan lemak yang rendah. So, mari kita lihat apakah jenis-jenis hidangan di McDonald's yang boleh kita katakan "healthiest" dan "Unhealthiest”.

Healthiest
Southwest Salad with Grilled Chicken
320 calories - 9g fat (3g sat) - 960mg sodium
Chicken McNuggets (6pcs)
280 calories - 17g (3g sat) - 600mg sodium
Hamburger
250 calories - 9g fat (3.5g sat) - 520mg sodium
Fiilet-O-fish
380 calories - 18g fat (3.5g sat) - 640mg sodium
Unhealthiest
Double Quarter Pounder with cheese
740 Calories - 42g of fat (19g sat) - 1380mg sodium
Chicken Selects (5pcs)
660 calories - 24g fat (3.5 sat) - 1680mg sodium
Grilled Chicken Club
570 Calories - 21g fat (7g sat) - 1720mg sodium
Big Mac
Big Mac - 540 Calories - 29g of fat (10g sat) - 1040mg sodium
Sebelum makan, kena lihat kandungan nutrisi dahulu, jangan makan main sumbat sahaja.,,hehe..
informasi ini saya kongsikan untuk kebaikan anda dan saya juga. Tak salah kalau kita nak makan hidangan yang tergolong dalam "Unhealthiest" tu, tapi berpada-pada. Apa yang penting? (kerjasama,,,ehehe) Badan sihat, jiwa selamat.! yeaaah..!!
p/s : Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan

Thursday, July 15, 2010

Kau malu

Malu lah kau bila tak ada ketulusan
Malu lah kau bila cakap tak serupa bikin
Malu lah kau bila kerja hentam keruman
Malu lah kau bila kerja last minute
Malu lah kau bila kerja asal ada
Malu lah kau kepada dirimu sendiri
Tidak kah kau malu bila orang cakap kau lembab?
Tidak kah kau malu bila kerja kau tak siap?
Tidak kah kau malu bila orang semua diatas tapi kau masih di bawah?
Tidak kah kau malu bila kau mengampu nak ke atas?
Tidak kah kau malu dengan keluarga kau?
Malu lah kau bila kata tak dikota
Malu lah kau bila kau tak tepati masa
Malu lah kau bila kau dipandang sebelah mata
Malu lah kau bila kebodohan menguasai dirimu
Malu lah kau bila kau berdusta nista
Malu lah kau kepada dirimu sendiri
Tidak kah kau malu bila kau bercakap bohong?
Tidak kah kau malu bila kau bercakap kotor?
Tidak kah kau malu bila kau dihentam dari depan dan belakang?
Tidak kah kau malu bila orang bercakap tentang dirimu dari belakang?
Tidak kah kau malu bila orang atasan cakap yang semua keputusan kau itu palsu?
Tidak kah kau malu dengan keluarga mu?
Malu lah wahai manusia
Malu lah wahai semua
Malu lah kepada Tuhan mu
Malu lah.
p/s: dtg dri hati yang sakit